JUST FOR SHARING..


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. ali masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: ali…ali…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

ali: Alah mak… ali tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… ali berikan emak dua sebab mengapa ali tidak mahu ke sekolah.

ali: Semua murid-murid tak suka ali. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada ali!

Ibu: Itu bukan alasan bagi ali untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

ali: Baiklah, sekarang emak pula berikan ali dua sebab mengapa ali mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! ali dengar baik-baik…. Pertama: ali sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: ali kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”